oke . finally , aku dah dapat dah tengok KL GENGSTER . dan aku masih tak paham kenapa PEKIDA nak saman mereka . camne kau nak faham eqa . kau tak amek port pun pasal tu . tapi lepas tengok cerita tu baru aku tahu macam tu rupanya gengster . fuyoo ! ganazzzz ! tapi memang best doe cerita tu . baik korang pergi tengok cepat . katanya cerita tu nanti dorang nak tarik balik . hehe . tapi tak tahu lah betul ke tak . al maklum lah malaysia ni penuh dengan khabar angin .
cerita dia memang gempak . suka sangat kat aaron aziz . badan dia , perghh ! tengok dorang berlawan , memang syiokkk ! tak suka dekat shark ! jahat nak mam*** ! lastlast , mati jugak . dalam cerita tu , nampak la kawan tikam belakang kawan , adik tikam belakang abang . hanya kerana duit . sangat menyayat hati bila si gengster2 ni serang famili musuh dorang . kesian sangat2 . dalam cerita ni jugak ada lah nilai persahabatan . yang tolong kawan time susah .
oke . korang pergi lah tengok sendiri . kalau aku cerita je tak best lah kan . ni nak tunggu CD keluar lak . nak tengok lagi . oke . selamat bermovie ye kawan2 :)
ni info skt lah .
Pengarah | ||||||||||||||||||||||||
Penulis:
| ||||||||||||||||||||||||
Lakonan:
| ||||||||||||||||||||||||
Krew:
| ||||||||||||||||||||||||
Penerbit:
| ||||||||||||||||||||||||
Sinopsis: Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap. Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster. Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat. King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER". ni antara aksi2 dalam filem ni . ambek kat pacik gugel je . layan oke :) |
2 comments:
semalam dah tgk.. giler best.. suma hensem2.. bila dia org berlawan syok habis hahaha...
best kn ?? time dorg berlawan tu , mmg tak berkelip mata tgk dorg lawan . haha !
Post a Comment