Monday, June 20, 2011

terima kasih ayah .

Alhamdulillah .

follower dah genap seratus hari ni . terima kseh guys . yg sanggup berkongsi cerita dgn aku . jasamu amat ku kenang . ceewaaahhh ! setakat ni , sesiapa yg follow blog ni , aku dah follow balik . kecuali kalau aku tak dapat link dari korang , mmg aku tak boleh nak follow la . so , hrp jasa baik korang , lepas follow aku , korang tinggal lah kan URL korang kat SHOUTBOX oke . terima kasih sangat :)

okeoke . berbalik pada tajuk . sempena HARI DADDY ni , aku nak wish HAPPY DADDY'S DAY to my lovely ayah .


pesanan utk ayah :

  •  ayah memang terhebat . terima kasih sebab jaga adik dari kecik sampai lah sekarang .
  • ayah layan kerenah adik dengan sabar .
  • tunaikan segala permintaan .
  • tak pernah naik tangan kat adik ( aku budak baik , memang tak dinafikan lagi)
  • bagi kami macammacam utk kemewahan dan kesenangan hidup kami .
  • layan adik macam anak sendiri . dan tak membeza2 kan antara anak kandung ayah dan anak tiri :)
  • dan terima kasih lah utk segala2 nya selama ni . 
aku memang dibesarkan tanpa ayah sejak aku umur sethn (1991) sampai lah aku umur 8thn (1998) . so , aku memang tak kenal siapa ayah aku . ayah aku meninggal , masa umur aku setahun lagi . ayah ada leukimia . Allah lebih sayangkan ayah . so , ibu aku besarkan aku dgn abang aku sorang2 . ibu aku lah ayah , dia jugak lah ibu . betapa besar tanggungjawab dia masa tu .. kami pulak masih terlalu kecil . aku umur setahun . abang aku umur 3tahun . 
arwah ayah abang .
lepas 8thn ibu menjadi ibu tunggal , akhirnya jodoh ibu sampai dgn kawan sekolah ibu sendiri . dia juga bekas kekasih ibu masa sekolah menengah dulu . see ! kalau ada jodoh tu tak ke mana kan ? ibu dan ayah pun dah disatukan . ayah dah ada sorang bini masa tu . ibu terima sebab nak tengok anak2 dia ada ayah jugak macam org lain . terima kasih ibu :) .

ayah besarkan kami dengan penuh kesenangan . ayah berniaga sendiri . so , time tu alhamdulillah murah rezeki . macam2 ayah buat utk kegembiraan kami . so baru aku tahu , kasih ayah tu memang lah terlalu indah . aku lagi manja dgn ayah aku berbanding abang aku . so , aku cakap je lah nak apa , semua ayah aku bagi . ayah tak pernah bezabeza kan aku n abang dgn anak2 kandung dia . kalau dia marahkan anak kandung dia , die pun akan marah aku dan abang .

sekarang aku dah 22tahun . tapi dia still jaga aku macam dulu . ambil berat pasal aku macam dulu . cuma ayah aku sekarang tak sekuat dulu . sekarang , die dah sakit . sakit kencing manis , buah pinggang dan darah tinggi . so aku harap , ayah aku kuat lalui ujian ni . 

ok . terima kasih sudi membaca :)

No comments: