Tuesday, March 29, 2011

lama tak jumpa .

Assalammualaikum .
lama kn tak update .
huhu . tak tahu kenapa malas sangat .
nanti ade masa yang agak banyak , aku update oke :)

Friday, March 25, 2011

ouh lomo !

Assalammualaikum !
last week tengok nona ??
yang topik kamera lomo tu !
tetiba lah plak aku minat sangat nak beli .
ye ! aku nak jugak ! 2minggu dah aku survey pasal kamera tu .
starting price die rm34 sampai la yg ke rm700++ pun ada .
aku ingat , starting aku baru memula nak jinakjinakkan diri dgn kamera tu , ak nak try yg bodohbodoh je dulu .
yang LOMO AQUA PIX Waterproof Camera .
harga dia rm50 .
cantik kn ?
kamera ni pakai film aww !
pakai kodak yang lamalama tu lahh !
tau ke tak ??
kalau dah hidup zaman 80an dan 90an .
tak kan lahh tak tahu kan .
orang asli pun tahu taw !
huhu !
kamera ni underwater boleh .
kat darat pon boleh jugak .
hasil dia :




cantek kan ??
lepas dah oke pakai ni , baru nak beli yang digital punya.
lagi cantek !
:)
so , tunggu lah next gaji . hihihi !

Tuesday, March 22, 2011

takde tajuk !

Assalammualikum !

 entri dibuat disebab paksaan dari adek ku syg , .cik wany

1. Adakah anda rasa anda hot?
kadangkadang ! haha !

2. Upload pic anda dari PC sekarang.




3. Cerita pasal gambar tu.
           
gambar ni masa pergi jalanjalan dgn encik bibit .
spek encik bibit .
dalam kereta nak ke tasek cempaka .

4. Bila kali terakhir anda makan ayam?
pagi td . (tetiba lapar lak teringat kn ayam)

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
jinbara . apa nth tajuk lagu die .

6. Apa yang anda buat selain dari menyelesaikan tag ini?
survey kamera lomo ! hehe ! nk beli jgk !!!!

7. Selain dari nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?

kalau dengan famili , adek .
kalau dengan encik bibit dan kak mira , themuk . :)

8. Tag lagi 8 orang.
satu ayen !
dua kak mira kak mira !
tige syda syda !
empat ayu !
enam syura !
tujuh azwa !
lapan fateen !


9. Siapakah nom 1?
ayen - kekasih tercinta :)

10. Cakap sesuatu pasal nom 5.
wany - kau da lah themuk . pastu cantek plak tu ! heeee !

11. Orang nom 3 ada hubungan dengan siapa?
syda - hubugan sulit ke ?
tu saya tak tahu ! haha !

12. Bagaimana pula dengan nom 4?
ayu - kawan yang membuatkan harihari ku ceria :)

13. Pesanan buat nom 6.
syura - jangan nak tidur jer ! hahha !

14. Kata-kata cinta buat nom 2.
kak mira - eqa sayang ko :)

15. Berikan 5 perkara yang anda tahu pasal nom 1.
* sayangkan saya
* cintakan saya
* tahu segalanya tentang saya
* suka buli saya
* marah bila saya kacau dia tidur :)


16. Persamaan antara kambing ngan lembu.
persamaan fizikal nya walaupon berlainan rupa . lalala !

17. Perasaan bila buat tag ini.
lega sebab dah tunaikan permintaan wany . hihihi !
.
18. Adakah anda tahu rizman itu sengal?
tak tahu la plak . setahu aku dia gila . lalalala !

19. Gay or les?
kau tengok aku gay tak ? hahahaha !

Saturday, March 19, 2011

sedetik lebih :)

Assalammualaikum !
hey bloggers !
dah tengok merong mahawangsa ??


best ke ?
macam menarik .
tapi takde masa lagi nak pegi tengok lahh .
kewangan pun tidak berapa memberansangkan dihujung bulan ni .
so tunggu cukup bulan lahh .
tapi soundtrack dia memang da bomb !
best sangat lagu anuar zain tu .
memang sesuai lagu aku bagi untuk encik bibit aku .
nghe3 ! berlagak jap macam aku yang cipta lagu tu .
walaupun aku ni tak suka la sangat kat anuar , tapi lagu dia best .
dia hensem ! hehe ! ok ! layan !


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


takde tajuk bole kan ??

Assalammualaikum !
maaf ! aku busy lagi .
so tak berapa ada masa nak story panjang2 .
so tunggu larh aku dah free nanti oke .
hari ini , aku sampai buat OT kt office .
first time wt oT . heee .
seronok seronok seronok (nada upin ipin)
so boleh lahh cover yang aku cuti tu .
hihi . cepat lahh cukup bulan .
aktiviti bulanan akan bermula !
yeeeehhhhaaaaaa !

Thursday, March 17, 2011

busy lahhh !

Assalammualaikum !
haaa ! lama kan aku tak update .
hahah ! malas !
aku busy sangatsangat .
so sorry .
:)

Saturday, March 12, 2011

ada apa dengan lambang FUCK ?

Assalammualaikum!

ramai remajaremaja kat malaysia ni , sungguh bangga dengan lambang fuck .
yang ditunjukkan dengan simbol tangan tu .
aduhh . apa ntah .
boleh siapasiapa bagi tahu aku , apa yang bangga sangat buat tangan camtu ?
boleh tak tolong bagi tahu ?
aku nak ahu sangat .
please please please please please please please please please !
toooollllllllllllooooooooooooonnnnnnnggggg lahhh bagi tahu !




seharian .

Assalammualaikum !

ok ! semalam saya dan encik bibit bersiarsiar .
pergi metro point kajang . saja jalanjalan cuci mata .
then nampak baskin robbins !
ouh damn ! lama sungguh tak makan .
dah minta hari tu kat encik bibit .
kalau nak pujuk , kena lah beli kan aku sumtink .
haha . bak kata encik bibit lahh . aku ni mata duitan .
nasib awak lah sayang dapat awek camni .
hahaha ! tapi tak lahh aku kikis duit dia sampai habis .
agakagak dah la kan .
ok , lepas metro point , kami ke tasik celaka . ehh ! bukan ! tasik cempaka !
haaa ! baru betul .
lepaklepak je . tengok orang berasmaradana .
aduhh . dah petang dah pukul5 lebih , orang ramai dah datang pon , nak berasmaradana ke ?
jaga lahh sikit adab tu depan orang ramai .
tak malu ke ?
aku bercinta jugak . tak lahh sampai camtu .
depan orang ramai tunjuk kasih sayang sangat tu .
cam lahh ko sorang bahagia .
okeoke ! forget about it .
kami lepak buat selamba lah .
makan pisang goreng . nyum3 !
ok lahh ! layan gamba jea !
malas nak tulis panjang2 !
daaa !

dapat yang kecik je :(

lepas mengidam aku !

drive carefully hubby :)

pinjam spek sayang . awak tak marah kan tangkap gamba banyakbanyak :)

pinjam spek lagi :)

eeee ! si themukthemuk !

heeee :)

"sudah la tu eqa" ayat encik bibit bila aku terlalu asyik nak snap gamba

menjamu selera :)




berkalung noda !

Assalammualaikum .

pelakon utama !

semalam tengok cerita cerekarama tu .
biasa lahh aktiviti seumur hidup kot ,
setiap sabtu malam , mesti tengok cerekarama(kalau best je)
tajuk drama semalam , berkalung noda .
mengisahkan karina yang curang .
suami karina selalu pergi oversea untuk uruakan bisnes dia .
so selalu lahh tinggalkan rumah .
karina ambil kesempatan sepanjang suami dia takde .
dia pun bercinta lahh dengan orang lain .
dia selalu jugak bawa bf dia balik rumah suami dan anakanak dia .
orang gaji dia n anakanak dia terpaksa berdiam diri sebab karina ugut macammacam kalau rahsia dia terbongkar .
orang gaji dia tak tahan . orang gaji dia bagi tau lah suami dia .
suami dia pon balik dan tengok sendiri karina curang .
lepas tu , masa karina ngn bf dia berdua dalam rumah tu , pencegah maksiat pun datang .
karina kata , mereka suami isteri .
tibatiba datang suami karina .
suami karina pun cakap lah yang karina isteri dia .
siap tunjuk sijil nikah .
lepastu suami karina terus ceraikan karina .
lepas tu , karina masuk penjara .
keluar penjara , dia balik kampung tapi kena halau .
ayah dia meninggal .
mak die sakit . mak dia tak mengaku anak .
dia cari suami dan anankanak dia tapi tak tahu kat mana .
lepas tu dia pun jadi lahh gila .
lastly , dia mati kena langgar dgn bf dia sendiri :)
sekiannn !

hye ahad !

Assalammualaikum !
hey blogger .
pejam celik pejam celik , ahad suda kan .
sekejap je masa berlalu .
aktiviti aku hari ini ?
duduk rumah je lah .
ibu abang balik kampung semalam .
hantar adikadik ke kampung .
cuti sekolah kan .
takde siapa plak nak jaga kalau duduk sini .
semua kerja .
so hari ni , aku merehatkan diri dan menenangkan diri kat rumah je .
arghhhh ! malas betul rasa badan ni .

Friday, March 11, 2011

pesanan untuk blogger !

Assalammualaikum !
aku ni memang suka sangatsangat nak terjah blog orang .
lagilagi ada kisahkisah kehidupan dorang .
tapiiiii . ada blog tu tajuk dah best . tapi ak tak boleh baca .
camne ?
tolong lahh wahaiwahai blogger .
aku nak bagi lahh nasihat sikit .
aku nak bagi nasihat bukan bermakna aku ni pandai , teror dan femes dalam dunia belog ni .
tapi sekadar nak berkongsi pandangan je oke .
yang boleh terima tu , juz take it .
kalau tak boleh terima , juz leave it .
thats all . simple right ??

ok lahh . mari kita mula kan sesi meluah perasaan aku terhadap sesetengah blog ok .



1 . aku nak tegur pasal font . ia termasuk lahh jenis font tu dan warna nya . kalau boleh , ambil lahh warna yang sesuai dan senang orang nampak . kalau dah background terang , warna font terang , boleh kena buta warna lah kawan ! huhu ! aduhhh . camne nak baca . jenis font nya pun haruslahh senang nak difahami dan senang nak baca .

2 . korang tak payah lahh letak widget yang bermacam yang boleh menyebabkan blog korang berat . boleh hang komputer den . fikirkan lah blogger yang tidak mempunyai speed internet yang begitu laju . elokelok nak view blog korang , tetiba hang . so korang yang rugi kan ? lari satu customer . wahhh ! cam berbisnes lak kn .

3 . kemudian , ni diutamakan untuk bloggerblogger yang muda mudi yang masih bersekolah , remaja dan awal 20-an (maybe aku termasuk skali dalam golongan ni) . cara mengeja tu , tolonggggg lahh bagi yang tua memahami . orang berblog ni macammacam usia . so guna lahh cara ejaan yang betul sayangsayang ! dulu entry yuyu zulaikha pon ade cerita pasal budakbudak sekarang guna ejaan yang ntah apaapa lahh ! nak guna ejaan yang lain pun , bagi lah yang boleh difahami .

contoh perkataan budakbuak sekarang :
aty - hati
iye - dia
sayunk - sayang
buhsan - bosan
tade - tak ada
menci - benci
neh - ni
ace cite - cuba cerita (ehhh ! tu citer kak limah plak)

so guna kan lahh bahasa yang mudah dipahami oke .

4 . oke last lahh ! kepada yang suka letakletak link kat blog tu , kalau bolehh , able kan lahh right click tu semula. leceh la babe . nak tengok blog u . pastu dalam masa yang sama , nak view jugak link yang korang bagi tu . kalau tak , terus click kat link tu , dah hilang tak boleh view blog korang balik . leceh la kan nak back . kalau dah mara ke depan sampai dah sampai ke web yang lain , kan susah nak patah balik ke entry yang mulamula td . tak pun , link korang tu , view kn untuk new tab . boleh kan ? :)

so itu je lahh ! harap semua tidak lah melenting .
harap dapat lah bekerjasama .
saya tidak kata saya bagus oke .
kadangkadang , saya pun tersalah tulis jugak .
sambilsambil meluahkan perasaan ni , saya menasihatkan diri sendiri .
sekian , Assalammualaikum .:))

Thursday, March 10, 2011

jumaat di opis !

Asslamamualaikum !

untuk yg pertama kali nya hari jumaat aku tak kuar opis lunch hour ni .
so dok opis , unline jea .
:))
tu jea nak inform !
simple kan entry kali ni .
hehe . makna nya , aku malas la tuhh !

esok sabtu kan ??
nanti aku update !
ada topik ni .
tapi esok je aku update :))

Wednesday, March 09, 2011

untuk kaw ayu ku sayang !

Assalammualaikum !

aku nak nyanyi nihh !



"happy besday to youuu .
happy besday to youu .
happy besday to ayuuu !
happy besdat to yoooooouuuuuuu ! "



semoga panjang umour dan murah rezeki my pretty darlink !
dah tua la diaaa .
hehe .
semoga ceria di harihari yang mendatang .
sabar menempuh dugaan .
tabah jalani ujian yang datang .
apa pun jadi , kita tetap kawan sampai bilabila kan .
apa pun keadaan ko , i will always be with u darl ! (wahh ! ter'omputeh' plak) haha !
sayang ko weh !
sebab korang jea tempat aku melepas kan tension , marah dan lepas kan gelak aku yang besar ni .
ngeh3 !
muaahh ! muahhh ! muahhh !

Tuesday, March 08, 2011

al-kesah kembar siang !

last weekend , aku bersama bakal husband . (wahh ! bakal ke ? haha).
pergi lahh the mines. lama tak hang out .
lama tak tonton muvee .
lama sangat !
so kitaorang decide lahh nak tengok cerita kembar siang .
aku pon oke je lahh .
best ?? hurmmm . ntah la . 80% best . 20% lawak lahh .
so pandaipandai lahh korg nilai best ke tak ekk .
hehhe !
kisah dia begini .
cerita mengisahkan kembar si awal dan awi
yang mengusahakan perniagaan runcit yang ditinggalkan oleh arwah bapanya.
Masalahnya ,  Awal mula memikirkan tentang nak kahwin dengan gf dia lahh si Ani.
Dia bimbang dengan masa depan adiknya, Awi yang agak terencat.
Tambah kusut, Awi pula menyimpan perasaan kepada Ani.

Si Awal tidak mahu mengecewakan adiknya,
Awal pun meminta Ani supaya berkahwin dengan Awi.
Tapi, Ani menolak kerana cintanya hanya kepada Awal.
Ani pun marah lahh , dan Ani memutuskan tidak mahu berjumpa dengan Awal lagi.

Namun, satu insiden telah membuatkan peluang untuk mereka berkahwin kembali cerah. Awal telah menemui gadis yang boleh dijadikan isteri Awi.
dah ! nak tau selanjutnya , pergi lahh tengok sendiri !
aku bayar tiket mahal tau . pastu nak bagitau korg free2 jer .
ngeh3 ! jahat kan aku ? taw xpe !
actually , ak malas lahh nak tu;is panjang2 !




Pengarah:
Hatta Azad Khan

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Pelakon Kembar Siang:
Kamal Adli
Intan Ladyana
Mat Over
Sabri Yunus
Sathiya
Syanie
Zul Handyblack
Zaibo
Rozita Che Wan
Mazlan Pet Pet
Hamid Gurkha

EQA MINTA MAAF !

Assalammualaikum .

maaf lahh blogger . lama rase nya tak update blog yer .
sangat lahh bz . tak sempat nak story morry .
nanti apabila semua sudah settle , akan ku post setiap minit . (ayat apa nth)
sekarang sangat bz sampai nak blogwalking pon tak sempat .
maaf yer .
takpe2 . nanti ada masa , eqa godek sampai habis blog korang .
:)

Sunday, March 06, 2011

terima kaseh ku muhd nazrin :)


terima kaseh sayang :



1 . sebab jaga eqa .
2 . sebab bahagiakan eqa .
3. sebab buat eqa ketawa
4 . sebab sentiasa sabar layan kerenah eqa .
5 . sebab mengalah .
6 . sebab jadi kekasih eqa .
7 . sebab jadi pendengar setia eqa .
8 . sebab bagi apa yang eqa nak .
9 . sebab bawa eqa jalanjalan .
10 . sebab selalu ada dengan eqa .
11 . sebab tak pernah tinggal eqa .
12 . sebab selalu ceriakan eqa .
13 . sebab selalu buat eqa senyum dengan lawaklawak awak .
14 . sebab sudi jadi kan eqa isteri awak suatu hati nanti :)
15 . sebab sayang eqa .
16 . sebab banyak spend time dengan eqa .
17 . sebab selalu ambil berat .
18 . sebab berkorban macammacam untuk eqa .
19 . sebab tak pernah lupa eqa .
20 . sebab susah senang bersama .
21 . sebab samasama mengumpat dengan saya .
22 . sebab selalu shopping dengan saya .
23 . sebab tahu semua citarasa saya .
24 . sebab selalu belanja saya
25 . sebab jaga hati saya .
26 . sebab teman saya ke mana saya pergi .
27 . sebab banyak tolong saya dan famili saya .
28 . sebab dengar kata saya .
29 . sebab sanggup jadi tempat lepas geram eqa .
30 . lastly , terima kaseh sebab segalagala nya sayang eqa .



ingt tak , first time kita jumpa kat rumah kak yong .
tapi saya tak perasan awak .
lepas tu , jumpa kat tepi padang , awak baru lepas sembahyang terawih (sembahyang ke ? . haha !)
lepas tu mula lahh dorang gosipgosip kan kita kan sayang .
ada kawan awak pon sebok lahh nak tackle eqa .
tapi dia tak macam awak .
awak lain .
awak pemalu sangat :)
lepas tu kita pergi mines samasama dengan dorang kan .
time tu awak dah mula nak ngorat eqa .
lawak doe . haha !
lepas bebrapa hari seteus nya , kita pegi cC .
masingmasing naik motor .
eqa nak naik motor dengan siapa ?
pastu naik motor dengan awak .
eee ! malu betul lahh !
lepas balik malam tu , terus awak minta couple dengan eqa kn . :)

sekarang dah dekat 5tahun kita bersama .
macammacam ujian dan dugaan .
semua nya kita lalui dengan tabah dan penuh kesabaran walaupun kekadang , eqa banyak hilang sabar .
tapi awak lah penyelamat hubungan kita .
baik betul hati awak sayang .
tapi awak tak pernah sekali cakap nak tinggal eqa .
tak pernah sekali cakap nak pisah dengan eqa .
awak sabar sangat layan baran eqa walaupon awak sendiri baran tapi awak boleh control sebab eqa .
eqa sayang awak sangat2 .
awak lain dari lelaki lain yang pernah eqa jumpa sebelum2 ni .
sumpah susah sangat hidup takde awak sayang .
walaupon sehari .
memang sangatsangat besh larhh dengan awak sayang .
semua kita buat samasama kan.
saya harap , apa yang kita rancang dan impi kan , akan tercapai .
tak sabar rasa nya .
eqa akan jaga awak elokelok .
takde siapa layak ganti tempat awak sayang .
u always be mine .
eqa harap , awak lahh jodoh eqa sampai akhirat .




terima kasih ya Allah sebab bagi insan yang trsangat bernilai ini buat aku .
aku akan jaga sebaik mungkin .
cuma aku mohon , kau kekalkan lah jodoh aku bersama dia .
hanya dia lahh kebahagiaan buat ku .
aminn :)

Friday, March 04, 2011

sungai congkak !

dalam kereta . ondaway ,

maaf lahh . cita lama dah nak expired baru nak update hari ni .
takde masa lahh nak edit gamba .
malass !
haha !
last weekend , 26feb2011 .
kami sekeluarga+encik bibit saya ke sungai congkak .
ayah mana ?
ouhh . ayah tak ikut .
abang ? ouhh . dia pegi janda baik, pahang . ada kursus .
so saya bersama ibu, khair, zuhaili dan encik bibit je yang ada .
so layan je gamba .
malas nak ace citer banyak2 :)


lepas mandi .

mandi kejap je .

makan dulu sebelum mandi ! lapaarrr !



nak balik dah :)

zuhaili .


thejukkkkk !


mandi kejap je ! badan gatal2 . habis bintik2 merah ! arghhh !

berangan artis jap !

model wannabe . haha ! tak layak lahh eqa ! gemokkk !

berangan model sebentar :)

suka mereka !


khair dan ibu .