Sunday, May 29, 2011

4bintang untuk filem karak .

Assalammualaikum .

weekend ni amat lah padat aktiviti seharian aku .
mlm sabtu, pegi kenduri tahlil arwah makcik kawan .
sabtu pulak , tengok movie KARAK kat the mines je .
ahad , teman ncik ayen main bowling .
ptg ahad pulak , nak g tngkap gambar .
ouh ye ! lupa nak update
aku dah beli kamera lomo underwater tu .
hehe . korang tunggu lah gambar nye nanti oke .

oke2 . back to the topic .
mengenai filem karak .
memang best . tak lah best gler . tapi bole dikatakan best jugak lah .
seramm .
congratz yusri KRU !
cubaan yg menarik .

Sinopsis :

Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.
Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.
Pengarah:
Yusry Abd Halim
Penerbit:
KRU Studios Sdn. Bhd.
Dipawagam:
26 Mei 2011
Pelakon Karak:
Shahir AF8
Sheera Aiyob
Kilafairy
Md Eyzendy
Sidek Hussain

No comments: