Saturday, July 02, 2011

aku nak bela anjing la . boleh ke ?

saje blogwalking harihari cuti ni .
jumpa lah satu entry mengenai anjing .

meh sini aku pun nak kongsi hukum bela anjing dalam islam .
boleh ke tak bela anjing ni ? sampai sekarang masih ada yg raguragu tentang ni kan .
aku just nak share je entry ni .
pastu pandaipandai korang la nak fikir .
Memelihara Anjing

Imam Nawawi berkata:

Mazhab kami (syafie) berpendapat haram memelihara anjing tanpa ada keperluan dan harus memelihara untuk tujuan perburuan, menjaga tanaman dan menjaga binatang ternakan. (Syarh sahih muslim)

Ulama maliki berpendapat:

“Makruh memeliharanya dgn tujuan selain dari menjaga tanaman, menjaga binatang ternakan dan berburu.”

Sebahagian ulama Maliki mengatakan harus.

Pelihara untuk jaga rumah dan tujuan lain (selain 3 tujuan yg disebut dlm hadis)

Imam Nawawi berkata:

Pendapat yg lebih kuat الأصح menyatakan harus memelihara anjing untuk menjaga rumah-rumah, jalan-jalan dan sebagainya kerana diqiaskan dgn 3 tujuan yang dibenarkan Nabi saw. Ini berdasarkan illat (sebab) pengharusan yang difahami dari hadis. (Syarh Sahih Muslim)

Imam Abdul Bar berkata:

“Termasuk dalam berburu dan sebagainya yang mengharuskan membela anjing adalah membelanya untuk mendapat manfaat dan menghindari kemudaratan. Ini diambil dari qias. Makruh membelanya hanya kerna membela tanpa keperluan. “ (Fathul Bari)


Lebih lanjut disini>Hukum bela anjing

RENUNGAN...


Seorang Ulama dalam perjalanan ke Masjid. Alim ini melalui sebatang jalan berair. Tiba-tiba seekor Anjing muncul disebelahnya.
Spontan Alim ini mengangkat jubahnya kerana risau akan menyentuh Si Anjing.

Dengan kuasa Allah Anjing berkata2, " Wahai manusia, Najis dibadan ku boleh disucikan seandainya menyentuh jubahmu. Akan tetapi mampukah engkau menyucikan hati mu yang sombong kerana memandang hina Anjing sepertiku".

Kerana terkejut dan sedar akan kesilapannya si Alim menangis teresak2 lalu segera bertaubat.

sumber : http://kucing2terbiar.blogspot.com

No comments: