ehem2 !
nak post entry jap ekk . aku tengah mengodam twitter dan formspring ni . hehe . bukan mengodam tapi menggodek . kang tak pasal2 kena tangkap basah lak aku psala godam2 ni .
alhamdulillah . rezeki allah dah bagi . PM umum bagi bonus utk kami ! alhamdulillah ! yahhhooooooo ! nak melompat2 rasa nya . aku tak kesah dapat berapa pun ,. janji ada . bole lah tambah2 sikit belanja untuk raya ni . tahun ni pulak , tahun pertama aku beraya dengan duit gaji aku sendiri yaww ! satu sen pun gua tak mintak duit ibu ayah gua bhai untuk beli . (ehh eqa ! apahal ganas pulak ayat ko ni). oke2 . calm down . sori2 . excited sangat ni .
memula dengar khabar , dorang tak bagi . pastu dipertimbangkan pastu baca kat MyNewsHub . biar betul . aku pun lepas baca article tu wat lek luee ( buat rileks dulu) . tak nak terlampau excited sangat kang kecewa pulak kang . lepas habis je buka puasa , aku terus masuk bilik . memanja-manja kan diri untuk bersiram . ceewaahhh ! pastu lepak2 dalam bilik , dengar abang aku memekak bising dan kekecohan rumah aku suruh tengok buletin utama tu . aku pun kelam kabut la keluar bilik nak tengok berita apa tu . heee ! nak tau ? berita first sekali . pasal bonuss . alhamdulillah . lega aku . alhamdulillah . kami satu rumah dapat duit raya . tak kesah lah aku dapat berapa pun nanti boleh mintak2 lagi dorang yg dapat banyak tu . heee . seronok jugak kerja gomen ni kan . yang terlepas tu , nah baca article ni . dari Belog Cuepacs .
"Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.
Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.
"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.
percaya ke tak , mari lah kita tunggu gaji ni ye . kalau dah dapat tu , jgn lupa share2 dgn aku . hahaha !
No comments:
Post a Comment