Sunday, August 28, 2011

esok raya tapi aku masih di office .

Assalammualaikumm .

hari ni , 29 ogos dah . makna nya , esok 30 ogos . makna nya ?? esok rayaaaaa ! yeeeeyyyyyyyy ! hari ni orang dok sesebok buat persiapan utk raya esok tapi aku masih di office menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja harapan . *ceeewwwaaaahhh !* 

semalam last shopping . semalam tinggal cari selendang je . naseb baik jumpa . kalau tak , berbogel lah kepala aku di hari raya . aku memang free hair tapi bila raya , aku lebih ayu dan anggun bertudung . huahauhau ! ayat nak mintak penyepak kan . 

oke . dahh . mungkin ini last entry je utk bulan ni . sambung next entry raya lepas aku balek dari kampung oke . sebab kampung aku takde line tenet . so , tunggu lah aku balek kL balek yerr . anyway , aku raya kat sabak bernam tahun ni . korang raya mana ?? kalau agak2 satu kampung tu , meh la roger2 . hekhek !

oke . selamat hari raya . maaf zahir batin yer kawan2 . :)

gambar shopink hari sabtu hari tu . :)
 

sesi perkenalan ncik ayen kepada famili aku . :)

ehem2 ! lama betul rasa tak hapdate . kenapa ntah . perasaan malas tu dah mengawal jari jemari aku yg montok ni . oke2 . anyway , selamat suda kita menjalankan ibadah puasa yg ke28 . alhamdulillah . masih diberi peluang oleh Allah merasai ramdhan ke 22 dalam hidup aku ni .

semalam , adalah hari berbuka puasa aku bersama famili aku . semalam jugak lah hari perkenalan ncik ayen dgn famili aku , maksud nya , perkenalan dgn makcik pakcik dan sepupu sepapat aku lahh . dgn mak ayah abang aku , die dah kenal lama dah . dah rapat pun dgn mak ayah abang aku . so , kali ni berkenalan pulak dgn famili besar aku . ececehhh . macam nak kawen dah pulak . ehemmm ! haha !

kami berbuka di Village View kat Jalan Reko tu je . service , not bad lahh . makanan pun not bad . habis licin kami kerja kan . kenyanggg . semalam makan untuk 13 orang , semua sekali rm470 . hhoho ! mahal sungguh . memang lah . kami pun order lauk yg tak hingat dunia . haaaa ! padan la kena bayar memahal cenggitu hekkk .

oke2 . alang2 dah aku update entry ni , aku nak ucap kan selamat hari raya . takot tak sempat nak update entry da . takot busy lah nak kemas2 balik kampung nanti terlupa sekejap lah kat belog ni . hihi . aku nak memohon maaf atas keterlanjuran kata selama di belog ni . oke . selamat hari raya . maaf zahir batiin . yang drive tu , drive hati2 oke . biar lambat asal selamat . bye . see u guys lepas raya . kampung kita takde tenet . tu yg tak boleh online tu . huhu . oke2 . sebelum tu , layan gambar semalam dulu k . :)


adek sepupu .

adek sepupu .

ayah su . (pakcikk)




 nak tgk full gambar , sila klik full entry kat bawah ni oke . :)

Friday, August 19, 2011

entry ala-ala manja ! ampunn . aku tak sempat blogwalking . :(

sesorry sesangattt .

kte tak sempat nak blogwalking dan following balek blog anda2 . sesape yg tinggalkan jejak kat shoutbox tu , jangan risau . nanti kita datang jenguk awak . kita janji . kita tak sempat sebab hari ni full aktiviti . ni baru balek dari pre-shopink raya . hihih . nanti kita update ye pasal tu . korang tunggu oke . kita promise kita datang jenguk awak semua . :)

Thursday, August 18, 2011

ni sate ayam ke sate telur lalat ?

demmmm ! boleh tak aku nak mencarut2 kat entry neh ! sabar eqa ! sabar ! sabar !

aaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !

huhhhhhhh ! lega sikit .
aku rasa dah dekat seminggu aku tak pegi bazar kat area rumah aku ni . maleh den nak kobar kat mana yooo . kang kata aku tutup periuk nasi ko pulak wahai peniaga yg pengotor . cukup lah sekadar nak berpesan , kalau beli makan kat pasar tu , alert la sikit pasal kebersihan dia .

oke2 . hari ni aku pegi bazar kawasan rumah aku . memang aku terliur2 nak makan sate . tapi niat nak beli sate tu takde la . ( aku memang pencinta sate ! ) tetiba jalan2 dalam hujan yg renyai2 kat bazar tu , nampak lah sate . macam sedap je la kan . oke . aku beli 10cucuk tambah ketupat , dua cucuk . cukup lah untuk tiga org makan kat rumah aku tu . dengar azan je , terus aku sambar sate tu secucuk . boleh tahan jugak lah rasa nye . pastu cicah kuah dia . wekkk ! tak sodap kuah dia . aku tolak tepi kuah dia .

pastu makan nasi , lepas makan nasi , aku sambar lagi sate yg kedua , pastu sambar lagi yg ketiga , keempat , kelima dan keenam . tengah sedap menikmati rezeki allah , tetiba nampak macam putih2 kat lidi sate tu , . ni sate ayam ke sate telur lalat ni . perghhhhhhhhhhhhhh . gua rasa nak nangis derrrr . aku dah makan banyakk . pastu tekak aku terus loya . dan aku terus muntah . habis terkeluar semua . bodoh ayam betul . lu jage la makanan lu derr . ni sampai lalat bertelur bagai . WTH ! lu ingt lu jual makan utk anjing ke derrr ! haaaa . aku memang kurang ajar lah kan dgn org macam ni . tutup lah makanan tu . takde la lalat tu hinggap . lu biar dedah macam tu , setan pun datang makan derr ! sabar eqa ! sabarr !

dah ! kepada peniaga2 makanan , tolong laaaaaaaaaaaa jaga kebersihan . kami beli makanan korang , dgn duit taw ! bukan bayar pakai bulu ! aiiisshhhh !

boleh nampak jelas telur lalat tu !

shitt laaaa !

SUPER WTF !

Wednesday, August 17, 2011

alaaa . next week la pulak .

alamak !
bonus aku next week la pulakk .
terpaksa postpone beli baju kurung satin wane cekelet tu .
harap2 ada lah jodoh dengan baju cekelet tu .
takpe . next week masok sekali dgn gaji .
double trouble la aku dibuatnya .
kalau dah dapat sekaligus tu , jawab nye shopink sekaligus la jugak .
heee . bonus korang ada lagi ke ? ke dah habis ?
takpe . nanti bonus korang dah habis , bonus aku banyakkk lagi .
huahua ! bangga pulak .
ehh . bersyukur ni . alhamdulillah .
:)
contoh je . curik baju pakcik gugel  jap ekk ! :D

** ehh ! status fb aku masih deactive ekk . tetiba blur pulak nak aktif kan macam mana . macam malas je nak aktif balek . hukhukhuk !

Wordless Wednesday : Giler best derr dapat duit bonuss byk camni . :D


Wordless Wednesday : Deactive Facebook . :(


Tuesday, August 16, 2011

panas hati betul lahh !

buat kawankawan facebook , jangan lah terkejut beruk bila korang dah tak nampak fb aku . hehe . aku deactive akaun untuk sementara waktu ni . aku memerlukan masa dan ruang to be alone . ceewaaahh ! bunyi macam orang sedih je ye dakk . memang sedih la . kisah percintaan agak mendinginkan bulan2 puasa ni .

so , untuk mendiamkan diri dan taknak sesiapa ganggu , aku deactive dulu akaun fb sampai hati aku ni dah cool . tapi biasa nye sekejap je hati aku ni nak cool . kekadang , 5 minit je dah cool . tapi kali ni aku betul2 terguris dan terhiris . sama ada aku tak paham dia atau dia yg tak paham aku .

perghhh . berat betul rasa nak berkongsi masalah cintan cintun kat belog ni . bukan tak nak share2 tapi tak nak semua kisah nak show off kat orang kan tapi aku dah takde tempat dah nak luah kan apa yg aku rasa sekarang ni .

kat fb tak boleh tulis panjang2 camni . tak puas nak luah kan . sebab tu aku sanggup deactive fb . tapi aku tak sanggup nak deactive belog pinky aku ni . sebab rasa nya kat sini je lah aku boleh tulis apa hati aku rasa sekarang . ceewwwaahhh !

sekarang ni aku tengah bagi pengajaran kat ncik ayen . aku nak dia rasa ! kaum laki ni kalau tak bagi pengajaran , dorang tak sedar . gua nak dia kenal sapa EQA . hhaha ! 5tahun untuk dia kenal aku , memang tak cukup rasa nyer . camne ni ? nak kawen dah ni . nak terus kan ke tak ekk . erkkk . pandai2 je nak kawen dah . hahah . abaikan pasal kawen tu . tipuu jerr . hikhik !
.
bila aku tension , aku rasa nak makan jer . pastu tidurr . tapi kalau tension di bulan puasa , bole ke makan ? hihih . dah lah . nak tidurr . k . bubyeee :D


entry paling pendek :D

hey .
selamat bercuti semua .

nak buat apa ye cuti esok ?

seronok nyaa .

esok cutiiii .

boleh la tidur lama2 ..

erkkkk . boleh ke ?

nanti makruh pulakk .

dah eqa .

batal kan je niat nak membuta sampai tengahari tu .

:(

Monday, August 15, 2011

sunday makeover .

ntah la kenapa macam 

blur gilerr 

nak update 

belog ni .

plz idea .

come here !

come here !!



heee :) . oke . mood dah sampai sikit .
semalam aku ada photoshoot .
ceewaahh . bajet artisss siott .
alahh . mekap2 , wt hair style pastu tangkap2 gambar bajet model tersohor .
pastu dapat gambar free .
aku pun tak tahu menahu pe jadahnya dorang buat tu .
dah dia suruh datang , utk mekap dan tangkap gambar je .
aku pun datang la . 
lepas dia dah conteng2 muka aku yg cute ni *bapak perasan* , dia suruh amek gambar . pas settle semua , balekk .
ouhh . maaf yer . takde sidang media . aku ni limited edition . heee .
oke2 . dah . malas nak membebel . 
bila bonus nak masuk ni . tak sabar yawww .
sikit ke banyak ke waa tak kesah . waa nak beli baju kurung satinnn wane cekelet tuuuu .
cantekkk wooo . nanti aku update je baju2 raya aku . oke . chaww !







Thursday, August 11, 2011

rasa macam nak cabut kepala je .

huhhh . hari ni aku dieserang migrain . ntah lah kenapa . dari tengahari tadi sampai lah sekarang . lepas buka tadi , alhamdulillah oke sikit . tapi sakit nya masih ada . takpe lah . mungkin ini salah satu Allah nak hapuskan dosadosa aku .



sahur semalam pun aku kurang makan . makan setengah pinggan je . pastu bila tak cukup makanan untuk menampung keperluan seharian , tu yang saket kepala .

ehh2 ! nak ucap terima kaseh bebanyak lah kat kak Rozi Tiger . ehhhh ! Kak Rozi je . takde tiger2 . hihi . habis lah kena tempeleng kalau dia baca ni jap gi . ( haa  tu pegi belog die . pegi follow sekali . hee . *promote jap* ) hebat cikgu bestari ni . sampai gua teror dia ajar . rupa nya senang petik jari je kerja tu . huaaa ! berlagak pulakk . haha .

berita baik semalam yg aku dapat , aku dapat bonus jugak . terima kaseh . heeee . suka nye . kena lah bagi mak ayah nenek aku duit raya ni . sapa lagi nak duit raya . meh bagi no akaun bank . tapi jangan mintak lah nak berapa . biar aku je yg tetapkan nak bagi berapa . tapi dah dapat , jangan merungut . bersyukur je . hihii :)

oke lahh . chaww . nak pegi korea jap . nak main snow . byeee . ZzZZZzzzzzzzZzz !


Tuesday, August 09, 2011

Wordless Wednesday : sedih . terasa . terabai . diananktiri .


Wordless Wednesday : bila nak gaji ni ! nak shopinkkk raya !


aku tak penting ke kat sini ??

hey guys . selamat berpuasa hari yg ke 9 . keadaan luaran dan dalaman aku agak terganggu minggu ni . mungkin dugaan bulan puasa . aku kena terima dengan tabah . tension sangat2 pada permulaan minggu yg aku impikan minggu yg terbaik dalam hidup aku . tapiii..... gua rasa nak menjerit derrr ! bila gua tension , gua suka jerit kalau boleh sampai terkeluar anak tekak aku ni .

semalam entry aku pasal bonus yg kerajaan bagi untuk penjawat awam . masuk office hari ini , memang kecoh sana sini pasal bonus ni . tetiba , dengar cerita sambilan tak dapat bonus . ye . aku kerja secara sambilan kat sini . means 'sambilan' adalah gaji aku dibayar mengikut hari aku bekerja .bukan 'part time' oke . wehh . aku pun kerja sini jugak . kenapa aku tak dapat bonus tu . kenapa ? kenapa ? kenapa ?? harapan tu tak lah terlalu tinggi . tapi kenapa staf bertaraf tetap dan kontrak je yang dapat . kitorang ni bekerja bukan untuk kerajaan ke ?? bukan untuk pembangunan negara ek ? *thinking* . kenapa rasa macam dianaktirikan . rasa tak adil . kami pun kerja perah keringat hempas pulas bagai hari2 kat office tu . *ceewahh . tunjuk rajin la pulakk* . tapi kesahihan berita ni , aku tak pasti lah kan . tapi ramai kata tak dapat . aku nak tahu kenapa ? Ya Allah . memang rasa sangat terabai kalau kami ni tak dapat . kalau aku tak dapat , yg bertaraf kontrak dan tetap pun , kena lah tak dapat . huhuh . tak gituhh . hehe . kalau nak tau betul ke tak berita ni , tunggu je lahh bila dorang dapat bonus nanti . kalau dorang dapat , aku tak dapat , takpe . i will sue u . hahah . *acah mak labu* . takde rezeki la tu kott . nak buat macam mana eqa . kau anak tiri je kat sini . sebab tu kena abai . tapi kalau dapat , aku undi dia banyak2 . *rasuah ke tu?* hahaha !

Monday, August 08, 2011

Rezeki dari Allah . Alhamdulillah .

ehem2 !
nak post entry jap ekk . aku tengah mengodam twitter dan formspring ni . hehe . bukan mengodam tapi menggodek . kang tak pasal2 kena tangkap basah lak aku psala godam2 ni .

alhamdulillah . rezeki allah dah bagi . PM umum bagi bonus utk kami ! alhamdulillah ! yahhhooooooo ! nak melompat2 rasa nya . aku tak kesah dapat berapa pun ,. janji ada . bole lah tambah2 sikit belanja untuk raya ni . tahun ni pulak , tahun pertama aku beraya dengan duit gaji aku sendiri yaww ! satu sen pun gua tak mintak duit ibu ayah gua bhai untuk beli . (ehh eqa ! apahal ganas pulak ayat ko ni). oke2 . calm down . sori2 . excited sangat ni .

memula dengar khabar , dorang tak bagi . pastu dipertimbangkan  pastu baca kat MyNewsHub . biar betul . aku pun lepas baca article tu wat lek luee ( buat rileks dulu) . tak nak terlampau excited sangat kang kecewa pulak kang . lepas habis je buka puasa , aku terus masuk bilik . memanja-manja kan diri untuk bersiram . ceewaahhh ! pastu lepak2 dalam bilik , dengar abang aku memekak bising dan kekecohan rumah aku suruh tengok buletin utama tu . aku pun kelam kabut la keluar bilik nak tengok berita apa tu . heee ! nak tau ? berita first sekali . pasal bonuss . alhamdulillah . lega aku . alhamdulillah . kami satu rumah dapat duit raya . tak kesah lah aku dapat berapa pun  nanti boleh mintak2 lagi dorang yg dapat banyak tu . heee . seronok jugak kerja gomen ni kan . yang terlepas tu , nah baca article ni . dari Belog Cuepacs .


"Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

azlanKatanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

cuepacs omar osman 181007Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.



percaya ke tak , mari lah kita tunggu gaji ni ye . kalau dah dapat tu , jgn lupa share2 dgn aku . hahaha !

Sunday, August 07, 2011

selamat berbuka .

lama kan tak update . tak tahu lah kenapa malas gler nak menaip . idea pun takde . maklum lah bulan pose . maka idea pun puasa lah . heee .

life aku sepanjang puasa ni , oke je . cuma kecewa dgn bazar dekat rumah aku ni . tak menarik langsung . tak best . kalau tahun2 lepas , aku pegi sana , semua makanan aku nak beli tapi tahun ni kenapa ntah cam taknak beli pape pun . suasana tak semeriah tahun lepas kott .

weekend ni , ncik ayen aku ajak pegi bazar kat bangi . OMG ! ni lah semangat memborong makanan yg aku cari . heee . Ya ampunnn . banyak nya orang menjual . macam2 lak tu . heee . aku pun beli itu beli ini . sampai habis duit . makan nya tak tahu lah kan habis ke tak . every weekend , kompem aku akan datang sana lagi . oke . byeee .

ondaway pegi bazar bangi :)

Monday, August 01, 2011

24-7 kau nak update status percintaan kau je ke ? macam kau sorang je bahagia !

entry kali ni berbaur lucah sikit . ehhh  berbaur perasaan yg sangat , bluerkkkk ! menyampah nak mamposs ! aku gler babeng benci org dok post or publish sana sini 24 jam pasal pakwe2 dia . ehh . sori sikit k . aku tak jeles ehh . pakwe aku seribu kali lebih baik dari pakwe korang lahh . ehhh . terpromote laki aku pulak .

bole kau nak post yg kau tengah bahagia sangat dgn pakwe korg tu , tapi tak payah la every post yg korg publish tu nak bagitahu pasal boypren korg . menyampah nokk  macam kau sorg je lah bahagia dalam dunia ni . takde sapa nak tahu 100% cerita kau dgn boypren kau tu .
 status yg aku rasa nak baling je pC bila baca :

'jap lagi nak jumpa pakwe kita , eee , tak sabar nye' - WTF !
'hari ni dinner dgn pakwe kita lagi. best betul hari2 dapat dinner sama' - WTF !
'baby, i lurf u' - WTF !
'ishh . hensem lah pakwe kita ni' - of kos lah kau puji sebab dah jadi pakwe ko !
'hubby , i miss u . rindu sgt rasa macam dah lama gler tak jumpa walaupun baru td jumpa' - super WTF !
pastu update status kat facebook dgn blackberry nya , 'with my luvly pakwe at the mines' 5minit kemudian , tgh makan post lagi 'makan with my baby at kenny rogers' . lepas 15minit makan, post lagi 'kelakarnya pakwe kita ni . asyik buat lawak je sampai kita gelak2 tak berenti' 20minit kemudian , post lagi 'blaaa blaa blaaa' dan begitu lah seterus nya sampai lah dia nak tidur . baik kau tulis semua tu dalam private diary kau la weh . bagi anak cucu kau baca . tu pun kalau dorg sanggup baca diari tu sampai habis lahh .

alahai . umur dah 20-an rasa nya , tapi bercouple , style tak matang . org matang , takde rajin nak men'update' status dorg dgn pakwe dorg every second ! biar lah kisah percintaan awk tu jadi surprise kat org . bila dah selalu publish kat facebook ke twitter ke belog ke , kan org dah muak nak mendengar atau membaca nya . tapi lain lah kalau cerita korg betul2 menarik macam filem lagenda budak setan tu tak pe lah . huhu .

nah ! baca abg ben pun tak suka tau  !  "Kau buat blog sebab nak cerita kisah percintaan korang eh ?" .

memang korang punya profile , korang punya suka lah . tapi jangan lah bagi org muak jemu bosan dgn cerita tak  glamour awak tu . tak klass nokkk ! :)

nak selit sikit . pakai lens baru  heee . :)

Disaat aku mencintaimu .

kenapa rasa sedih sangat bila dengar lagu ni  rasa nak menitis airmata aku yg mahal berjuta lemon ni  :(
adakah aku sedang ditinggalkan oleh kekasih ?? huhu .. layan perasaan jap memalam puasa ni .


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta