aku baru balek dari rumah sepupu .
sepupu meninggal .
kena buatan orang .
mungkin ramai yang tak percaya ilmu2 ghaib ni kan .
tu lahh . kkekadang kita baik pon orang dengki .
jahat pon tak boleh juga .
Ya Allah ! minta jauh la dari aku mak ayah abg keluarga dan rakan2 aku .
sedih sangat .
sepupu baru umur 23tahun .
tapi ajal kan . tak kira usia .
Allah lebih sayangkan dia .
semoga roh ditempatkan di kalangan orangorang beriman !
Al fatihah !
ni ada sikit info mengenai santau ..
harap kita dijauhkan .
Jenis Santau
Terdapat 2 jenis santau iaitu:
- Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.
- Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.
Tanda-tanda Terkena Santau:
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
- Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
- Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
- Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
- Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.Lenguh seluruh anggota badan.
- Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
- Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
- Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
- Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
- Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
- Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.
Kesan-kesan Santau:
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
- Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
- Hilang daya ingatan.
- Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
- Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
- Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
- Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
- Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
- Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
- Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.
Anda boleh layari laman web Ustaz Suhaimi di Penawar.com untuk maklumat lanjut tentang sihir lain.
Bagaimana untuk merawat santau?
Nasihat saya, sila pusat perubatan Islam berdekatan dengan anda. Antaranya ialah Darul Shifa’ yang diasaskan oleh Ustaz Harun Din. Anda boleh layari laman web darulshifa’ untuk mengetahui cawangan Darulshifa’ berdekatan dengan anda. Klik sini.
Kemudian amalkan ayat ayat pendinding diri dan sering berdoa agar disembuhkan dan dielakkan daripada ia berulang dengan Ayatul Shifa. Walaupun anda tidak terkena sihir atau santau, anda juga boleh amalkan untuk perlindungan diri daripada ganguan syaitan dan jin.h
Amalkan membaca 3 kali setiap lepas solat dan baca 1 kali sebelum makan atau minum:
No comments:
Post a Comment