Saturday, December 31, 2011

Assalammualaikum 2012 .

Alhamdulillah . dah tahun 2012 . makin hari makin tua kita kan . hikhik .

setiap tahun baru , mesti ade azam baru kan . azam baru aku tetap sama macam tahun2 lepas .nak kurus . heee . asyik tak tercapai je impian aku tu . mungkin takde disiplin diri kott . insyaallah tahun ni aku cuba selagi boleh .

tahun ni mungkin tahun paling tension aku dan tahun paling menggembirakan aku . heee . nak tau , kena lah tunggu masa nye . tak mo heboh2 takot tak jadi . kang sendiri malu . heee .

semoga rezeki makin bertambah lah tahun baru ni . aminn . k . As Salam .

Friday, December 30, 2011

Famili Day @ Eagle Ranch Resort .

yeah . ada jugak mood aku sampai nak hapdate pasal famili day last week . walaupun dah 5hari lewat tapi takpe . yang penting masih ada mood nak berkarya lagi kat sini . hukhuk .

seperti sedia maklum , last week office aku buat famili day dekat port dickson . kitorang stay kat EAGLE RANCH RESORT . tempat die , walawehhhhh . cantekkkk . tapi harap kan tempat je la kan . yang lain sikit kecewa lahh . terutama pada staff2 dorang . sangat kurang ajar dan tak mesra langsung dgn customer . dapat customer macam aku , memang kena la . kena sound sikit baru nak buat kerja elokelok . nasib baik hati aku ni boleh tahan lagi . kalau tak dah report kat manager die . naseb dia la kalau manager dia baca blog ni . kalau manager EAGLE RANCH RESOT baca ni , aku nak dia taw staf die yg jaga kedai yang jual air kopok cenderahati bagai tu yang bertugas pada 25/12/2011 pukul12 tghari . staf tu kurang ajar !!! dah la barang makan mahal nak mamposs . air btol F&N tu kat 7E dapat RM1.80 je kan kalau tak silap . kat sana RM5.00 wehh . sama jer rupa nya . takde special apa pon air tu . tak kesah lah mahal pon sebab paham la kan tempat camtu tapi sebab berdepan dgn staf yg kurang ajar tu aku jadi kesah la barang die mahal . huahuahau .

takpe . pasni taknak datang dah tempat you all . merajukkksss !! dah la . penat dah taip . layan la gambar ala2 koboi ni . k . chawww .

sebelum sampai office , snap sekali dulu .

oke . dah sampai office . tengah tunggu bas .
klik bawah untuk gambar yang lain . :)

Monday, December 26, 2011

shopping @ nilai 3 . :)

so the penat . baru je balik dari nilai 3 . pergi cari kain . besar betul nilai 3 tu . tak terdaya nak masuk semua kedai . memula sampai rambang mata tengok semua kedai . cakap nak masuk semua kedai . bila dah round setengah blok kedai , tak larat dah nak masuk semua kedai so banyak skip je kedai2 yg ada .

tapi puas hati sebab dapat apa yang aku nak . dan dapat lebih apa yang aku bajet kan . harga pun aku terlampau puas hati . memang sangat puas hati lah beli kain kat sana . tenaga pun perlu recharge semula ni . hari tu de janji kan nak buat entry pasal famili day . esok or lusa la ye aku update . gambar dari kamera kawan tak amek lagi . cerita beserta gambar lebih menarik kan . so kena lah tunggu gambar . k . chaww bebehhh !!

muka penat dah . ni bakal kakak ipar  a.k.a kakak ncik ayen . hukhuk . 

haaa . pilihpilih .
aikk . ncik ayen masok kedai apa ni . hukhuk .
ngeee . rasarasa nak buat baju design apa ni yerr . tak boleh la tunjuk semua . tak surprise . bagi tunjuk sikitsikit je dulu yerr . heee . :)

Sunday, December 25, 2011

tak jadi pegi melaka wonderland . :(

alahhh . tak jadi nak pegi melaka wonderland yg aku dok riak kat Wordless Wednesday haritu .
sebab nak pegi beli barang . tak boleh postpone nak pegi beli barang tu . so terpaksa lah postpone pegi melaka wonderland .

terpaksa melepaskan plan ke melaka . insyaallah postpone ke nexwik . mintak2 lah jadi . lama tak mandi manda ni .

last dapat mandi kolam , awal tahun haritu . lama kan . kalau bole tiap2 minggu nak mandi kolam . ngeee :D

kelamkabut .

Salam ahad semua .
alhamdulillah . baru sampai rumah dari port dickson . semalam ada famili day kat opis aku . 2hari 1malam je . seronok tapi macam dissapointed sikit . nanti next entry la ye aku cerita pasal famili day tu .

tema famili day kali ni , tema koboi . so aku last minit baru nak pegi cari baju bagai . gaji pon lambat masuk . tu yg nak beli tunggu gaji . dah esok nak pegi famili day , mlm ni baru nak cari baju semua . pastu dan2 je ncik ayen domam . so cancel . hati dah tak tenteram dah sebab takde baju yg sesuai nak pakai untuk dinner yg tema koboi tu . ncik ayen kta pg esok nya baru pegi cari . aku pun terpaksa la ikut . tak kan la dia demam2 aku nak paksa kan . nasib gerak pegi pD tu pukul 1 tghari . so ade lah masa sikit nak beli brg last minit kat the mines .

oke lah  . tunggu lah next entry kalau nak taw apa yang best dan apa yg tak best pasal famili day kali ni . ok . bubyeee :)

dah lepas beli barang , baru lah boleh senyumm . :)

Tuesday, December 13, 2011

Alhamdulillah . hari ni tahun yg ke 22 di bumi Allah .



alhamdulillah . masih di bumi Allah selama 22tahun hari ni . orang lain nak masuk tahun baru semua umur baru . aku dah akhir tahun , baru nak cukup umur ,. aishhh . naseb la lahir akhir tahun kan . tak menyabar nak keluar . bese la .

terima kaseh pada yang wish . semoga pada usia yg ke 22 tahun ni , aku lebih matang . semoga rezeki dimurahkan dan semoga umur dipanjangkan . sekiannn .

:)

Wednesday, December 07, 2011

Be Strong . We Will Always Be With You .

kenapa lah dunia ni kena ada macam2 dugaan . 

sanggup tinggalkan orang yg sayang kan kau .
sanggup lukakan hati orang yang penah ada dalam hidup kau . 
sanggup hancurkan hati orang yang penah bahagiakan kau .
macam tak bersyukur je dengan apa yang kau ada selama ni . 

takpe . kita ada allah untuk membalas semuanya . aku tak doa untuk kecelakaan kau tapi aku doa kau dapat balasan atas semua yg kau lakukan ni . biar kau rasa macam mana seksa nya diri orang yg kau sakitkan ni .
mungkin semua ada hikmahnya kan . harap ada lah kebahagian untuk kesengsaraan ni . Ya Allah , permudahkanlah urusan kami .

setiap kesusahan pasti ada kesenangan . insyaallah . terpaksa sengaja gelak seharian untuk hiburkan hati dan hilang kan serabut di kepala otak .. 

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah."

**entry ni takde kena mengena dgn ncik ayen.

really miss u so much sayang .








sekian .

Thursday, December 01, 2011

Setahun Sudah Aku di UPM .

selamat datang disember .
kejap je masa berlalu . hari ni dah genap setahun aku bekerja kat sini . tak sangka dah setahun . rasa macam baru semalam je masuk kerja .

kerja kat sini memang happening giler . alhamdulillah . sepanjang aku kerja kat mana2 pun , ada kawan2 yg satu kepala dgn aku . ada je orang yg boleh gelak memekik melolong dgn aku . aku enjoy giler kt sini . nak pegi kerja pun semngat je sebab ada kengkawan . hahah . (bunyi cam bodek je enn) :D

nak ucap mekaceh bebanyak la kat Kak Rozi , Kak Zai , kak midah n bos tercantik aku . nampak benor ampu nyerr . haha ! feduliksss ! heee . terima kaseh atas segala tunjuk ajar . aku dari nothing dan sekarang i am everything . hahaah . sebelum ni aku tak pernah kerja sebagai kerani pun . kat sini lah first time tugas aku sebagai kerani . so semua nya baru . memula memang rasa stress sangat . sebab buat kerja yg tak pernah aku buat . kat tempat kerja lama , berdepan dgn customer je . mana ada belajar buat kerja office ni kan . so banyak sangat benda baru aku dapat kat sini . yang penting , aku dapat banyak sangat pengalaman . dari segi kerja hingga lah ke perangai orang . hikhikss !

tapi geng seksyen aku , memang terbaik dari ladang . uhuks . macam kerja kat ladang lembu pulak . haha ! dari sini lah aku kenal orang yg kuat giler babeng makan gulagula hacks . sumpah tak pernah jumpa orang yg sangat addict kat gegula HACKS ni . hikhik . aku jumpa kakak2 yg sangat sporting . kakak2 yg sangat baik . kakak2 yg tersangat lapang ajar aku macam2 . walaupun dorang ajar banyak kali tapi aku lembab sikit nak tangkap , 10kali la dorang dok ulang ajar aku . mekaseh kakak2 . dan terima kaseh lah utk segalagalanya . nak senarai satusatu takot lambat loading lak blog ni kang . hahaha ! dan yang tersangat penting , aku ada geng nak makanmakan . sebab makan adalah hobi terUTAMA aku . sebab tu badan macam nenek orang dah .

harapharap kontrak aku sambung lagi la . hikhik . okeoke . chaww . selamat akhir tahun semua . :) sebelum tu layan jap gambar masa jamuan hari raya pose tu . gambar baru yg sesama takde plak . huhuh .

dari kiri : aku . kak rozi . kak midah . kak zai

duadua ni mak orang . tapi teringin nak jadi lesbo . hahah ! romantiksss kan mereka . bluerkkk ! haha !

hhehe . kakak ni rock gilerrr . rozi tiger nama die . haha !

ampun bukkk . time raya kan . ni time mintak maaf la ni . sampai nangis2 tu . hukhuk .

diapit dua dada . opsss ! heee .

hyee . saya lah yg kuat makan gegula HACKS tu . :D

apam tu comel ke kami yg comel ? :D

kak zai : beli saya , dapat free gift bantal busux MU dan botol air limited edition . lelong lelongg . haha .