Monday, September 22, 2014

AdeliaArissa : kembar 11 bulan dah + adelia warded

ASSALAMUALAIKUMMMM .

lama nya tak hapdate . termiss hapdate pasal perkembangan kembar . aishhh . malas nya kemain melampau2 . alhamdulillah . kembar dah 11bulan . yeayyy ,. bulan depan setahun dahhh .

so mama is soo eksaited glerr nak buat dorang punya 1st birthday party . yg pasti mama nak buat sendiri . ehh ehh . sejak dah ada anak ni , bahasakan diri mama la pulak yee . hakhakhak .

tu nanti lah cerita bila dah birthday dorang . kita cerita dulu apa ada dengan kembar bila dah 11 bulan ni . alhamdulillah . kembar dah merangkak , dah pandai duduk sendiri . dah pandai berdiri . dah pandai meniti . dah pandai nak kawan . dah pandai nak bergurau . dah pandai melawakkk . ni ikut papa . wuuuu .

dannnnnnn . kembar dah ada gigi . adelia dah ada dua batang gigi bawah . dan dua batang atas . adik , dua gigi bawah . dan sebatang gigi atas .
nah belanja sikit gambar gambar yang terbaru .

kakak adelia .
adik arissa .
kembar . Qaseh Khayra Adelia (kanan) Qaseh Khayla Arissa (kiri)
bulan lepas , adelia kena warded . seminggu lepas raya , kembar kena cirit birit dan muntah2 . mula2 dua2 cirit birit . so bwk pegi klinik je . doktor bg air garam je . lepas seminggu still tak elok2 lg . pegi lg klinik , dia bg air garam , tambah dgn ubat cirit smecta . malam tu bg la dia ubat cirit , esok nye adelia terus tak nak susu tak nak makan . bila susu , muntah . makan je muntah . bila suruh susu , dia tutup rapat2 mulut tak nak susu . arissa ok lg . masih susu walaupun tak habis . adelia mcm dah langsung tak nak susu n makan . mak mana la yg tak risau kannn . sehari tu langsung tak nak susu n makan . tak lapar ke budak ni . yg pelik nya kemain aktif mcm biasa . esok nye taik dia bertukar kaler yg sangat pucat . aku pun risau gler . elok siap nak pegi keje , terus tak jadi keje , terus bawak dia pegi klinik . bgtau doktor yg die langsung tak nak susu n makan . dah seminggu cirit plus dia baru start nk muntah2 , maka doktor pun suruh pegi hospital . suruh masok air sebab takot badan dia kurang air .

lepas pegi klinik , terus siap2 pegi hospital serdang . daftar pukul 1 lebih , jumpa doktor pukul6 . bagus betul . tu naseb baik dapat jumpa doktor , ada kakak tu dia dok situ dari semalam . nombor dia tak kena panggil . dahsyat ko kak . tunggu sampai sehari semalam . kalau aku , idok lerr nak menunggu lagi . sebelum masok jumpa doktor , nurse amek darah dulu . kemain menangis sampai takde suara nak keluar dah . sakit sangatt . meleleh2 air mata . kesian kakak . masa tengah tunggu nombor jumpa doktor , tetiba papa pulak cirit birit n muntah2 kt hospital tu . papa sampai dah tak larat gler . aku pun cakap , tak pe la pa . awak balek la dulu . aku tunggu sorang je situ . nanti panggil ibu suruh teman . naseb baik la rumah mentua n rumah ibu dekat jee . suruh papa balek rehat n ibu yg teman kan . lepas dapat jumpa doktor , doktor suruh masok kn air kat wad sementara . kalau ok , tak payah masok wad .


so kena la cucuk lagi utk masok air . nak menangis rasa nye tengok adelia meraung2 tgk muka aku mcm mintak tolong . mcm nak cakap sakit nye mama . wuuuu . berair2 mata mama . lepas tu masok air , dari pukul6 petang sampai pukul2 pagi . adik dekat rumah mentua . nenek dia jaga . pastu dapat pulak whats app dari adik ipar cakap arissa pulak dah start muntah2 . bukan muntah sikit tu ye muntah yg sampai memancut2 mcm org besar punya muntah tu . aku mabuk peknen kn dorang dulu pun tak muntah mancut2 camtu . dahsyat sgt . ngeri mama tengok . pastu badan arissa mcm dah panas sikit . adoiii . aku macam down giler . kakak dah masok spital . adik plak dah start muntah2 . papa lg langsung tak bole angkat badan . aku pun masa kt spital nak start nk cirit . lepas tu adik ipar whats app lagi . kat rumah tu mak mentua pulak dah cirit birit n muntah2 . esok nya ayah mentua pulak kena . ehhhh . pelik glerrr . lepas sorang2 kena . nak kata salah makan , kitorang dok rumah asing2 . makan pon lain2 . dah tu si kembar , mana makan luar . makan pun , aku yg masak kan . memanggg pelikkk . aku dah risau kan adik . siapa jaga kan dia . siapa yg peluk dia nak tidur . naseb baik adik ipar ada . dia tolong jaga kan arissa sebab papa kembar dah nak bangun pun tak larat .

berbalik cerita adelia kat spital . lepas pukul2 pagi baru doktor paeds datang tengok . aku mengharap nak balik sebab risauuu sangat kt arissa . aku cakap la adelia da susu . tak berak2 dah . muntah pun takde . pastu doktor kata ok , kita tengok result darah jap . elok je doktor pegi , tetiba dengar adelia cirit . adoiiiiii . terus panggil doktor tunjuk kaler berak dia mcm hijau pucat . pastu terus doktor kata , haaa . tak payah balek la ye . tidur sini ye malam ni . aku mcm nak menangis dahh teringat adik kat rumah .

tak lama tu , nurse datang amek utk masok wad . pukul 2 pagi masok wad . aku memang tak tidur langsung . makan pun tak makan langsung sebab hati ni pikir kembar pikir papa . memang dugaan hebat sangattt tok aku time tu . mcm tak kuat kena hadap sorang2 . tapi , kena kuat jugak la kan . esok nye tunggu doktor cek sebab nak mintak kuar . tapi doktor tak bagi adelia kuar sebab doktor nak pantau lagi sehari . aku cakap kt doktor , alaa tolong lah doktor . kembar dia pun sakit . takde siapa nak jaga kembar die tu . doktor pon cakap , bawak la kembar dia dtg sini sekali . dorang cek kn sekali . kalau sama , dua2 boleh warded . aku pun haa ok la . tp siapa nak jaga . aku cam tak bole je nak jaga dua2 sorang kan . cakap kt asben , da ok ke . klu da ok , dia kena la tolong stay hospital  . abes siapa lagi nk tolong aku . dia kata tak larat . tp nak buat cmne . aku suruh die rehat je kt spital .


kesian dia . cari papa dgn adik dia agak nya . tak penah berpisah . sabar la nak . mama pun nangis rindu kan adik n papa .
adik pun sampai hospital terus naik wad . terus bawak g jumpa doktor peads . tp doktor lain la . aku pun pujuk doktor tu . nak balik . pastu doktor tu cek arissa . dia kata nampak arissa ok . aktif . tengok fizikal dia pun bukan mcm budak kurang air . pastu doktor cek adelia lagi sekali , dia kta ok la . adelia pun nampak dah ok . so doktor kata ok la boleh balik . aku nak melompat . hahha ! plus doktor tu , dulu doktor hospital putrajaya . doktor tu la yg jaga arissa masa arissa dok dalam incubator sebulan duluu . jodoh betul dgn doktor tu . dah la baik glerr . cakap lemah lembut giler . ensem pulak tu . ehhhh !! hahaha

arissa . ni lah budak pramatang yg sebulan dok dalam incubator dulu . alhai dikk . cepat nya kau besar . hakhak
berbunga2 hati duadua bila dapat main samasama .
so malam tu bermula la aku menjaga 3 orang sakit . adelia lepas keluar spital takde muntah dah tapi still berak2 lg . tapi dah tak cirit . malam tu arissa pulak kemain muntah nye lagi . memang aku tak bagi susu . bagi minum air garam . pastu minum air glukos . kekadang mengamuk2 . aku bg jugak la susu . air buat 7oz . susu aku letak 2-3 skop je . baru la diam sikit . lepas 3-4 hari jugak la baru kembar sehat sepenuhnya . sehari lepas kembar keluar hospital , papa dia pulak kena masuk air . sebab air dah kurang dalam badan . sebab asyik berak n muntah je . nak makan pun tak boleh . siap kena inject lagi . inject ubat mntah . lepas tu , baru papa ok . baru start dah bole makan . baru bole buat lawak . hahaha .

lepas semua dah ok , aku rasa legaaaaaa sangattttt . lepas semiggu baik dari muntah n cirit birit , nafsu makan kembar naik mendadak gilerr . dulu makan nasi satu mangkuk boleh kongsi dua beradik ni . kali ni tak bolehh yeee . kena buat mangkuk besar . isi penuh2 . nak dua kali tambah . adoiii . lepas makan , nak makan roti plak . lepas tu makan biskut plakkk . kemainnnnn . dia nak refill balek lettew lemak2 dia . ok laa . mama suka . nanti bole mama gigit2 pipi2 korang . hakhakhak

bye hospital . nak balek dahhh .
sebelum balik , kasi seround dulu la mama . wuuuuu .
bila sampai rumah , malam tu arissa tidur sambil tonggeng2 . sebab sakit perut sangat kot . kesian nya adik .

anak paling kuat bila sakit  .sebab dia lahir2 je terus hadap apa itu 'sakit' . sakit kena cucuk . cucuk sana cucuk sini . alahaiii . sedih mama bila kenang balik masa adik kena dok incubator sorang2 dulu ..  alhamdulillah bila besar dia jadi budak kuat . lagi kuat dari kakak dia .


1 comment:

ummi aqilah (LM) said...

Salam..

Ya Allah sedihnya tgk baby kena warded. Tp nk buat camne kan.. Kita nk dia sembuh cepat. Cute nya twin, nnt gmbr besday dia tepek bebanyak eh.

P/s: akk jd loya bila duk bayangkan kotor nya restoran anjung tu. tak sangka smpi camtu sekali dorang abaikan kebersihan