Thursday, June 13, 2013

Selamat hari bapa .

selamat hari ayah untuk arwah ayah , ayah tiri , ayah mentua dan suami yg bakal jadi ayah . wuuu . dulu masa kecik2 tengok org ada ayah ada mak . tapi aku ada mak sorang je yg anta amek dari sekolah . yang pegi sign report card . yang betul kan lampu kat rumah bila lampu terbakar . yang potong semak samun kat rumah . yang susah payah cari duit bg kitorang hidup senang . tapi mak aku cakap , aku tak pulak tanya mana ayah aku . maybe aku tak tanya sebab tak nak ibu sedih or teringat kot . dan mungkin sebab ibu berjaya jadi ibu n ayah untuk aku n abg aku dua beradik sampai kitorang tak tanya mana ayah .

aku memang tak sempat nak manja2 ngn ayah . tak sempat nak polok cium ayah . ayah tak sempat nak dengar aku pandai bercakap . ayah tak sempat nak tengok aku pandai berjalan . ayah tak sempat nak dodoikan aku tidur sampai aku pandai tidur sendiri . aku pulak tak sempat buat ayah rasa hasil titik peluh aku . tak sempat nak berjasa dgn dia . 

ayah sakit luekimia masa aku kecik lagi . hari jumaat , bulan ramadhan , mac 1991 , aku baru setahun 3bulan ayah dah pergi tinggalkan ibu , abang n aku . ibu seorang yg sgt kuatttt hadapi dugaan ni . tersangat lah kuat walaupun luaran dia nampak sgt lah lembut . 

lepas ayah pegi ibu lah yg besar kn kami dgn bersusah payah . yang pastikan makan pakai kami cukup . yang pastikan pendidikan kami adik beradik cukup . naik moto capuk yg satu-satunya harta peninggalan arwah ayah hantar amik kitorang pegi sekolah . pegi sana . pergi sini .

walaupun sekarang dah ada ayah tiri , tapi tetap tak sama dgn ayah kandung kita . semoga arwah ayah tenang disana . semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orangorang beriman . aminnnn .

alfatihah MOHD JOHARI BIN SALLEH .

tak sempat nak amek gambar satu famili . so gambar ni je lah yg ada . 
ps : kalau arwah ayah tahu akan ada cucu kembar tak lama lagi mesti dia happy sangat . :'( 

SELAMAT HARI AYAH ! adik sayang ayahhhhhhhhhhhh .

No comments: