Thursday, September 08, 2011

orang lain dk sebok2 buat majlis . bila lah turn aku pulak ? :(

tahun ni genap lah aku 22tahun . macam mana plak yg akan jadi dalam perjalanan hidup aku ni . dalam usia 22 tahun ni , ramai kengkawan aku yang dah bertukar status dari bujang ke alam pra perkahwinan dan ade yg dah pun masuk ke alam perkahwinan . ada jugak yang dah masuk alam keibubapaan . *ayat apa ntah* . tapi aku , masih la cengginni .

semalam dapat call dari kawan rapat masa kat kolej dulu . sebaya dgn aku . call sebab jemput datang rumah dia ahad ni . aku memang syak . ahh ! ni kompem suruh datang sebab nak buat openhouse . tapi tekaan den melesettt . bila aku cakap mesti nak buat makan2 . dia kata , haah . buat makan2 dgn majis tunang . huaaaaaa ! tanjat gegurl taw ! bff kita tu la yg paling susah nak bercintan cintun masa kat koej dulu . tup tupp ! terkentut ! ehhh ! tup tupp bertunang dahh . takpe . alhamdulillah . kita doa kan awak bahagia ye sayang . :)

minggu ni jugak aku ada jemputan kahwin kawan aku masa sekolah dulu . dia ni pun , salah sorang kawan yg amat susah bercintan cintun masa dulu plus si gadis ni amat 'macho' masa sekolah dulu . heee . ala2 tomboy gituhh . perghh . dulu memang ganas kawan aku sorang ni . dan2 aku dengar dah nak kahwin . takpe . jodoh dah sampai kan . aku tetap terus mendoakan korang oke . korang pon , doa la kan aku cepat2 diijabkabulkan . huaaa !

bila dah semua kawan aku dok buat majlis , pasti aku akan kena tempias nye . kompem , ada yang akan tanya , kau bila lagi eqa oiii . bercinta bertahun2 konon . jawapan aku sangat mudah . belum tiba masa nya lagi . korang tunggu lah dgn sabar . insyaallah . jodoh tu Allah dah tetap kan . dan Allah pun dah tetapkan takdir bila tiba masa nya tu . yang korang pulak tak menyabar aku nak kahwin ni kenapa . korang ke nak kahwin dgn aku ke korang nak tolong sponsor kan . heee .

yelahh . insyaallah . aku akan bagi tahu bila . tapi bukan sekarang . heeee . rasa nya pada umur 22 tahun nak mendiri kan rumahtangga tu , macam terlalu awal lagi lah bagi aku *tu lahh alasan yg selalu orang guna bila dah tak tahu nak bagi alasan ape lagi*

dalam usia ni banyak benda aku kena belajar . kena belajar jaga hati orang , belajar masak , belajar kemas rumah , belajar tak melawan cakap orang , belajar jadi rajin , belajar ilmu rumahtangga semua tu kena ada sebelum nak kahwin . tapi aku , satu pun belum berjaya lagi . takat jaga hati orang tu , oke lahh . pandai lah jugak . masak ?? hehe . pandaiii . masak nasi dah teror dahh :D . kemas rumah ? aishhh . bukan takat rumah , bilik sendiri pon macam tongkang pecah . degil ?? heee . kalau aku kata betul , betul laa ! kau sapa nak bantah aku ! *haa ! garang kan kita* kalau aku kata nak , kau tak bagi , ehhh ! aku peduli apa . aku nak jugakkk *menjerit2 depan orang ramai sambil hentak kaki* . heee . haaaa . semua tu kena hilang kan dari diri ni sebelum nak kahwin . tapi tak tahu la bila aku akan berjaya berubah .

dah lahh . nak tidur laa . tension la pikir pasal orang nak kawen ni . *aikkk . kenapa aku pulak yg tension ni* ouh ye ! ada suggestion tak , nak cari mini pelamin yg ada kerusi yg sangat cantek ? *aikkk untuk aku ke?* lallalalala :D

nanti dah kawen , dah ada baby , rasa2 ada tak muka baby aku camni :





3 comments:

| RoziAhmad | said...

eleh baru 22 dah kecoh.

NurEqa said...

skrg tak kecoh da . sebab calon pertama eqa , akk la . kan kita dah janji . hahahahah !

AYuNG said...

belom smpai seru lg tuh:)