Thursday, August 16, 2012

hari raya punya ucapan utk semua . :)

orang dah sibuk balik kampung dah sibuk jem sana jem sini tapi aku selaku pekerja harapan malaysia , masih di office . haha ! naseb baik ada geng kerja hari ni . kalau tak , sampai buka nanti lah aku tidur . (aikk ! buka ? puasa ke ? huahuahua !)

cuti tahun ni tak amek cuti banyak pun sebab kejar nak duit utk kawen . huhu ! yelahh . kalau tak kerja , takde gaji . camne nak kawen kan . hari khamis aku dah start masuk kerja balik . macam biase . si gemok saya ada . sebab tu semangat sikit nak datang opis . kalau tak , aku cuti sampai merdeka . haha !

dikesempatan ini , nak ucap selamat hari raya kat kengkawan sekolah , kawan kolej , kawan kerja dan semua kawan lahh . maaf ada terkurang dan terlebih . maaf terkasar bahasa . maaf tergurau kasar . maaf ter'over' .

malam ni dah nak balik kampung . macam biasa , aku raya kat sabak bernam . tu je satusatu nya kampung yg aku ada . takde kampung lain dah . harap selamat pegi dan balik . kompem kena hadap jugak jalan jem walaupun gerak tengah malam nanti . raya ke 22 tahun tanpa arwah ayah . raya ke 23tahun bersama ibu abang nenek dan makcikpakcik . raya ke berapa ntah bersama ayah baru . huuu .

sabak bernam ada line umobile dak ? adehh . macam tak boleh pulak takde tenet kan sekarang . macam mana nak upload baju raya . huuuu . takpe lah . pakai celcom je lah . kena aktifkan plan tenet untuk seminggu . oke . jumpa lepas raya . :)

saksikan lah serba sedikit gambar bersama rakanrakan yg super mereng . time ni pakat pakai semua hijau sebab nak amek gambar sesama nak buat kad raya . :)

ni lah si gomok kesayangan saya . haha .

trio :)



lawak tapi tak tahu kenapa nak masuk kan jugak gambar ni . haha !
dan ini lah hasil kad raya kami untuk semua staf pejabat bendahari , UPM :)


hasil kreativiti sepenuhnya oleh RoziAhmad . dia memang kreatip . sesapa nak hire die design pape , boleh lah contact die . hahha . (sesuka hati aku je kan .) oke2 . aku tipu je tuh . oke . selamat eid day semuaaa :)

3 comments:

Azie Rashid said...

selamat hari raya babe! :D

laddiey G said...

berani ko cakap akk gomok? eh, rozi tiger pon x berani cakap aku gomok taw.... hahahah

| CikMatahari | said...

weh gambar tak resaiz ke. bapak berat blog ko ni. macam tuannya jugak. hahahaha