Wednesday, February 12, 2014

AdeliaArissa : Kembar 3months .

mood nak berbelog sekarang mcm makin kurang je . tapi nak jugak sebab nanti anak2 boleh baca . tak payah dah nak belek2 diari . silap hari bulan , buku diari kena makan dek lipas . dah takde memori . kalau buat belog ni in shaa allah kot ada sampai ke tua . hukhukhuk .

hari ni kembar 3 bulan 23 hari dahh . makin lama makin banyak benda baru yang kembar tunjuk . dua minggu lepas , check up adelia (kakak) , doktor cek dia dah boleh berdiri . duduk pun dah tegak . doktor pun macam ehh awak ni pre-matured ok . kenapa expert sangat ni . ahakss ! doktor kata selalu nye baby yg normal pun , tulang belakang die tak tegak lagi macam ni . ahakss ! aku pun tak tahu la masa peknen makan ape sampai anak2 kuat cenggini . urat dawai tulang besi kot ni . hahaha ! alhamdulillah check up adelia semua takde masalah . hari tu adelia kena prolonged jaundice . doktor cek darah dan air kencing , alhamdulillah bebas dari sakit2 merbahaya . so doktor isytiharkan yg adelia dah boleh discharge dari pemantauan hospital . yeayyyy .

bila check up arissa (adik) pun sama jugak . doktor tengok dia dah boleh berdiri . cuma berat kena catch up adelia . so kena bagi susu sebanyak mungkin . sekarang pun rasa nya dah 5oz dia minum susu setiap dua jam . bila dukung memang dah rasa beratnya . kalau ingat kan masa lepas bersalin dulu , budak ni takde isi langsung . badan kecut giler . ada kulit dgn tulang je . duduk diam2 dalam incubator . wuuuu . sedih sangatt . tapi sekarang dah semangat . arissa masih lagi dalam pemantau hospital tapi check up dah jadi 4bln sekali . sebab doktor tengok dia tak de pape masalah pun . alhamdulillah .

perkembangan baby pre-mature ni tak sama macam baby normal . kalau ikut kan adelia dan arissa sepatut nya lahir bulan 11 . tapi dorang dah keluar sebulan awal . tapi bila membesar , doktor akan deduct umur die sebulan . makna nya sekarang kembar dah 3bulan tapi sebenarnya dia baru 2bulan . perkembangan dia pun akan ikut umur sebenar dorang , iaitu 2bulan . contoh kalau baby normal dah pandai meniarap masa 3bulan , kembar pulak akan pandai meniarap masa 4bulan . haaa cenggituuu . contoh nye laa kan . haaa paham tak ? itulah yg doktor cakap ngn aku . tapi semuanya bergantung kat baby sendiri . kalau rajin buat keje , sebulan dah pandai meniarap agaknya . ahakss ! ok tipuu !



Arissa (adik)

Arissa (adik)

sekarang pagi petang siang malam nak ajak borak jeeeee . dah pandai cakap nanti , kompem mamapapa pening nak menjawab segala pertanyaan korang . huuuuu

arissa peramah sikit . senang sikit nak gelak2 . tapi adelia agak menyombong sikit . dia ikut mood dia je bila nak gelak . kekadang dok agah2 , dia buat tak tahu je . siap huhh jeling lagi tuu .

dua beradik dah pandai isap tangan dah . kekadang sampai dua2 tangan nak masuk , bila tak dapat , nangiss . hahhaha . siyes kelakar . kekadang , dah isap tangan ni , pastu die tengok satu sebelah lagi . macam main pilih2 nak isap mana satu . hahha .

rambut dah boleh ikat . mama ittew tak bagi cukur . sayang kata nyaaa . takpe ke ek tak cukur ? wuuuu .

tetiba teringat agnes despicable me . ahaksss !